Tuesday, 25 February 2014

Takdir

Assalamualaikum sahabat handai sekalian. Alhamdulillah. Berjumpa lagi kita kali ini. Hm. Kali ini entry aku 'takdir'. Sesungguhnya. Takdir itu kita tak boley tolak kerana ia datang dengan sendiri. Benar ; aku menyayangi tapi sejauh mana dia menyayangi aku? itu persoalan yang bermain difikiran aku sekarang dan sentiasa bermain di jauh otak yang kecil ini. YaAllah. Benar ke aku menyayanginya keranaMu atau hawa nafsu semata mata. Sesungguhnya hambaMu sangat lemah akan cinta yang ada ini. YaAllah. jika benar dia tercipta untukku. Jika memang dia takdir untukku. Aku redha akan ketentuanMu yaAllah. Meskipun dia bukanlah orang yang aku cintai. Meskipun, dia bukanlah yang aku inginkan selama ini. YaAllah, sesungguh apabila aku mendapat tahu bahawa dia akan jadi milikku. Sungguh aku terllau memikirkannya. Entah kenapa, aku begitu risau. Mungkin kerana dia orang tidak aku sangka. YaAllah, aku percaya, selagi lafaz akad belum dilafazan maka aku takkan boley kata siapa jodohku. Tapi YaAllah, entah lah kenapa, perasaan kali berbeza. Berbeza sangat. Sumpah. Suatu hari aku pergi majlis ilmu. Dan dia juga ada disitu. Nak dijadikan cerita, aku pergi cari tandas, tandas dan kuliah tempat lelaki berdekatan dengan kuliah lelaki. Apabila aku lalu je disitu, aku rasa sesuatu yang lain. Entah bagaiman aku ingin cerita, mungkin rasa seperti , dia ada dekat sangat dengan aku. Dan aku rasa tenang sangat. Hm mungkin itu hanya perasaan. tapi entah lah kan. Rasa itu datang dari Allah. Bagaimana aku tahu dia ada disitu ?? Aku stalk facebook dia. Dia update status yang dia pergi kuliah agama yang tempat aku pergi tu. Tapi sayangnya, aku langsung tak terserempak dengan dia. Bayang dia pun aku tak nampak. Itulah dikatakan takdir. Takdir tak menemukan aku pada malam itu. Tuhan, sungguh aku rindu dia. tapi aku taktahu macam mana nak buat. YaAllah, jika aku rindu pada dia, labuhkan rasa rindu ini juga pada dirinya. YaAllah, tolong jagakan dia untukku. Aku sayang dia keranaMu yaAllah. Moga hubungan jarak jauh ini dijaga oleh Mu YaAllah. Aminn. Aku belajar erti redha. Aku redha akan hubungan aku dan dia (u.u)

Sunday, 16 February 2014

Jodoh

Hi Apa Khabar? Lama tak tulis blog. Sibuknya lately ni sehingga tak ada masa nak create blog.
Jodoh dan Mati. Kita tidak tahu siapa yang akan datang dulu kan? Itu semua rahsia Allah. Jika tiada jodoh didunia mungkin diSana. Bersabarlah bagi siapa yang belum ketemu jodoh. Tuhan pasti ada tahu kenapa kita masih single sehingga sekarang. hm Jodohku. Entah bila. Entah Siapa. Entah Dimana. Entah ada atau tidak :')
Aku selalu pujuk hati aku supaya aku tenang apabila melihat orang lain bahagia dengan orang mereka sayang. Siapa tak jealous bila tengok orang lain bahagia kan ? Hmm. Entah kenapa, lately ni. asik terfikirkan pasal jodoh jee. Mungkin jodoh sudah dekat denganku. Tapi entah lah kan. Itu semua kuasa Allah. Aku hanya mampu merancang semoga ianya berjalan dengan lancar. Sesungguhnya, Aku menyayangi orang lain, orang lain yang datang. Aku solat, doa, mengaji dan minta petunjuk dari Allah. Entah kenapa aku dapat petunjuk jauh tersimpang. Takutnya. Takut tak dapat menerima takdirNya dengan redha :'( Aku tahu Allah telah susunkan yang terbaik untuk aku tapi entah lah kawan. Aku risau aku tak mampu laluinya dengan tabah :'( Aku sayangkan orang lain. hmm. Memang sebuah perkahwinan lebih indah bila kita kenal selepas nikah. Tapi zaman sekrang CINTA itu perlu. Bagi aku. Kalau betul lah orang aku mimpikan tu , jodohku. Maka Kau damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu Ya Allah :'( Kau redhakanlah hatiku menerima takdirMu. "Jika apa yang kita harapkan lain yang kita inginkan. Apa lagi yang kita boley buat selain REDHA" :'( Jodoh. Siapapun kamu. Dimana pun kamu. Aku harap kau terima aku seadanya sepertimana aku "cuba" untuk menerima kau. Berdoalah dari sekarang dengan orang yang kita minati "jodoh itu pasty ada"