Monday, 13 January 2014

Dilamar

Assalamualaikum Sahabat. Salam Maulidurrasul Semua. Selalu lah berzikir kepadanya dan sentiasa lah amal kan sunnah kan Nabi oraite :)
okayy. Tajuk aku kali ini dilamar. Haaa. Mesty pelik kan tetibe aje ada tajuuk. Biasa sedih je kan. Hee. Dengan rasa bahagia ini , aku kongsikan kisah aku untuk kamu semua. Semalam 130114 terjadi pekara yang tidak disangka. Apaaa ??? Mesty lah cerita tentang dilamar. Tajuk pun dilamar =.=' Siapa yang kene lamar??! Haa. Soalan yang bagus. Sungguh tidak aku sangka. Semalam aku dialamr oleh seseorang lelaki yang bukan aku cintai dan dia inginkan aku menjadi halal buatnya :') SubhanaAllah. Terharu hingga tak terkata. Saat itu nak menangis pun ada. Berbagai bagai perasaan yang ada. Saat itu hanya Allah yang tahu. Perempuan mana yang tidak suka lelaki yang ingin menjadikannya halal walaupun bukan dengan lelaki yang dicintainya. Tapi sayangnya, aku masih belajar , masih panjang perjalanan hidup aku untuk aku teruskan :) Maaf, bukan aku menolak kau tapi untuk mendirikan rumah tangga tidak semudah kita makan kacang. Kan ? Macam ini lah. Andai ada jodoh kita. Adalah :) Berdoalah dari sekarang dengan jodoh yang kita minati , jodoh itu pasty ada :) Percaya padaNya. Saya tidak menolak awak. Saya juga tidak menerima awak. Tapi saya hanya berserah pada takdir. Maafkan saya. Andaikata awak jodoh saya. InsyaAllah saya akan menerima awak seadanya. Dan saya akan sedaya upaya untuk mencintai awak. Saya harap awak pun begitu. Biarlah masa yang menentukan aku dan dia. Buat masa ini, hati ku kosong. Bukan taknak mencuba untuk membuka ruang dalam hati saya cuma izinkan saya mengubat hati saya :) Andaikata pula, tiada jodoh antara kita saya berharap awak akan dapat yang lagi baik. Saya percaya ada yang jauh lagi baik untuk awak. Siapalah saya untuk berada disisi awak. Sesungguhnya saya tak layak dan sangat tak layak :( Percaya atau takk ? Aku pernah jumpa dia cuma dua kali. dan kiteorang hanya contact melalu mesej facebook. Entah datang dari mana lahirnya rasa minat terhadap aku. Mesej kat facebook pun jarang jarang. Sangat jarang. Mungkin itu lah dinamakan JODOH dan CINTA. kann? Indahnya susun Allah. Tidak dinafikan aku bahagia mengenali dirinya. Tapi tak pernah terfikirkan untuk jadikan dia suami aku. Hmm. Andai awak jodoh saya. Saya akan tunggu saat awak menjadi halal buat saya :')

Saturday, 11 January 2014

Mimpi

Assalamualaikum. Alhamdulillah bertemu lagi kita kali ni kan :)
Okay. hari ini aku nak cerita pasal mimpi. Hmm. Aku sendiri terkejut dengan mimpi aku sebenarnya dan aku berharap ia takkan menjadi kenyataan. Taknak kalau boley. Okay, sebenarnya aku mimpi "crush" aku. Entah macam mana aku boley mimpikan dia. Mimipi jadi milik dia. Allah,sesungguhnya aku tak layak buatnya YaAllah. Dia terlalu baik apa lah yang ada pada aku ni nak dibandingkan dia. Apa yang mimpi ? Emm. nak bagitahu ke tidak ye ? haha. Takyah lah tahu okay. Cukuplah sekadar kamu tahu bahawa aku mimpi jadi miliknya. Ia cuma mimpi dan tetap akan menjadi mimpi. Aku mendoakannya supaya dia dapat bersama bersama "crush" dia bukan dengan aku. Sebab aku tahu, dia terlalu mencintai "crush" dia :) Biarlah aku dan dia sekadar kawan dan ia tetap akan menjadi kawan, okay :) Jangan jatuhkan hati ini untuk dia YaAllah. Aku tak layak buatnya. Lagipun, dia sangat mencintai "crush" dia. Kadang kadangkan, aku nak sangat nak mesej dia selalu. Best mesej dengan dia tapi aku takut "terjatuh" hati kat dia. Kenapa ek perempuan mudah jatuh hati dekat orang yang ambil berat tentangnya. Hmm. Tahu tak, sakit sangat bila kita sukakan seseorang itu tapi seseorang itu tak suka kan kita. Sakit sangat. Jadi biarlah, aku hanya melihat Syah itu dari jauh. Mungkin lebih baik untuk aku. Taknak pekara yang sama terjadi lagi. Cukuplah sekali YaAllah. Yang sebelum ini pun, luka belum hilang lagi nak tambah pulak beban yang baru. Memang taknak lah kann. Hm korang pernah tak, mimpi kan sesuatu, bila kita bangun, kita terasa mimpi itu seolah olah terjadi. Mesty pernah kan ? Tipulah kalau tak pernah :) Ada sesetengah mimpi kita nak mimpi itu jadi kenyataan dan ada sesetengah mimpi kita taknak mimpi itu terjadi atas sebab tertentu. Hm. Aku berharap mimpi itu takkan jadi kenyataan. Hee. Boley kann ? :)) Okay. Sampai sini je lah cerita aku okay. InsyaAllah, panjang umur, aku akan sambung lagi. TerimaKasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum :)

Thursday, 2 January 2014

Keajaiban Doa

Assalamualaikum
Alhamdulillah bertemu lagi kita kali ini :)
Kali ini aku bercerita tentang keajaiban doa. Kisah ini terjadi pada seorang sahabat aku. Aku mengenali seorang kawan yang bernama Syah. Dia seorang yang sangat popular di Politeknik aku. Siapa tak kenal dia memang ketinggalan lah dia. Tapi dia ni seorang yang jujur, aku suka berkawan dengan dia. Entah kenapa dalam diam aku "terjadikan dia crush" aku. hahaha. lawak pulak rasa sebab dia kan femes mana lah nak kawan dengan aku ni yang kolot ni. huuu. tapi alhamduulillah setelah aku mengenali dia, dia bukan lah seperti lelaki yang femes yang lain. aku suka kawan dengan dia. serius :) happy kawan dengan dia walaupun kisah hidup dia penuh dengan kesedihan. kesian dekat dia. aku sentiasa mendoakannya supaya hati dia kuat menempuh apa yang berlaku dalam hidupnya. Okay sebenarnya, aku nak cerita tentang Syah yang minat seorang perempuan di Politeknik. Dia minat budak tu dari semester satu dan sekarang dia sudah semester empat dannnn Syah masih menunggu perempuan tu walaupun perempuan tu sudah berpunya. Nampak tak kesetiaan dia pada perempuan tu. Aku sangat kagum dengan dia.Dia pernah cerita tentang perempuan tu, katanya dia mimpi perempuan tu menjadi isterinya. SubhanaAllah. terkejut ketika membaca text dari dia. Katanya lagi, perempuan tu sebenarnya sentiasa mendoakannya. YaAllah, terlalu kuat rasa cinta dia pada perempuan tersebut sehingga dia dapat merasa semua itu. Katanya, dia biarkan siapa menjadi milik perempuan itu, dia akan sanggup tunggu kerana dia percaya pada jodoh yang telah ditentukan. YaAllah, Aku tak sangka terlalu kuat rasa cinta yang ada didalam hati Syah itu. YaAllah, aku gembira dapat mengenali dia walaupun kami kenal tidak lah rapat. YaAllah, Kau temukanlah dengan dia dengan jodoh yang dia minati. Sesungguhnya dia terlalu sayang kan wanita itu. aku dapat merasakannya YaAllah. Kau tanamkanlah juga rasa cinta itu terhadap perempuan itu. Aku percaya jika jodoh itu milik mereka, maka mereka akan bersatu suatu hari nanti. InsyaAllah :) Kerana terlalu cinta dan sayang , setiap doanya ada nama perempuan setiap kali Syah berdoa. YaAllah, betapa beruntungnya seseorang itu jika ada seseorang yang sering mendoakannya. Aku sebagai kawan Syah, berharap dia akan dapat jodoh yang lagi baik. Walaupun sebenarnya dia adalah "crush" aku tapi aku akan bahagia jika melihat dia bahagia bersama orang dia cintai :)