Assalamualaikum
Alhamdulillah bertemu lagi kita kali ini :)
Kali ini aku bercerita tentang keajaiban doa. Kisah ini terjadi pada seorang sahabat aku. Aku mengenali seorang kawan yang bernama Syah. Dia seorang yang sangat popular di Politeknik aku. Siapa tak kenal dia memang ketinggalan lah dia. Tapi dia ni seorang yang jujur, aku suka berkawan dengan dia. Entah kenapa dalam diam aku "terjadikan dia crush" aku. hahaha. lawak pulak rasa sebab dia kan femes mana lah nak kawan dengan aku ni yang kolot ni. huuu. tapi alhamduulillah setelah aku mengenali dia, dia bukan lah seperti lelaki yang femes yang lain. aku suka kawan dengan dia. serius :) happy kawan dengan dia walaupun kisah hidup dia penuh dengan kesedihan. kesian dekat dia. aku sentiasa mendoakannya supaya hati dia kuat menempuh apa yang berlaku dalam hidupnya. Okay sebenarnya, aku nak cerita tentang Syah yang minat seorang perempuan di Politeknik. Dia minat budak tu dari semester satu dan sekarang dia sudah semester empat dannnn Syah masih menunggu perempuan tu walaupun perempuan tu sudah berpunya. Nampak tak kesetiaan dia pada perempuan tu. Aku sangat kagum dengan dia.Dia pernah cerita tentang perempuan tu, katanya dia mimpi perempuan tu menjadi isterinya. SubhanaAllah. terkejut ketika membaca text dari dia. Katanya lagi, perempuan tu sebenarnya sentiasa mendoakannya. YaAllah, terlalu kuat rasa cinta dia pada perempuan tersebut sehingga dia dapat merasa semua itu. Katanya, dia biarkan siapa menjadi milik perempuan itu, dia akan sanggup tunggu kerana dia percaya pada jodoh yang telah ditentukan. YaAllah, Aku tak sangka terlalu kuat rasa cinta yang ada didalam hati Syah itu. YaAllah, aku gembira dapat mengenali dia walaupun kami kenal tidak lah rapat. YaAllah, Kau temukanlah dengan dia dengan jodoh yang dia minati. Sesungguhnya dia terlalu sayang kan wanita itu. aku dapat merasakannya YaAllah. Kau tanamkanlah juga rasa cinta itu terhadap perempuan itu. Aku percaya jika jodoh itu milik mereka, maka mereka akan bersatu suatu hari nanti. InsyaAllah :) Kerana terlalu cinta dan sayang , setiap doanya ada nama perempuan setiap kali Syah berdoa. YaAllah, betapa beruntungnya seseorang itu jika ada seseorang yang sering mendoakannya. Aku sebagai kawan Syah, berharap dia akan dapat jodoh yang lagi baik. Walaupun sebenarnya dia adalah "crush" aku tapi aku akan bahagia jika melihat dia bahagia bersama orang dia cintai :)
No comments:
Post a Comment