Saturday, 17 August 2013

Dia Seorang Sahabat yang Garang

Hai Assalamualaikum sahabat.
Malam ini aku akan bercerita tentang seorang sahabat. dia seorang sahabat yang sangat garang pada aku tetapi dia jua lah yang selalu ada disisi aku saat aku perlukan dia. dia bukan lah seperti seorang kakak yang lembut budi bicaranya. dia juga bukan seorang adik perempuan yang pandai memujuk. dia seorang sahabat yang selalu ada saat aku perlukan seseorang disisi aku walaupun sebenarnya dia seorang yang garang tapi adakalanya dia menitis kan air mata bersama sama aku. aku ingat lagi bila aku bersamanya, layanannya bukan lah seperti dia melayan sahabat sahabatnya yang lain. perwatakkannya jauh berbeza. sikapnya membuat aku rasa jauh disisinya. rasa seperti aku bukan yang kawan yang terbaik untuknya tapi lama kelamaan dia aku nampak dia sayangkan aku. Alhamdulillah walaupun aku dah habis belajar di Kolej Komuniti tapi kami still contact each other. Dan dia selalu cakap yang dia rindukan aku. hee. aku suka sangat :DD Betullah cakap orang. Kadangkadang tak semestikan bila cakap yang kita tak sayang orang tersebut tak bermakna kita tak sayang terus tapi adakalanya kita akan nampak rasa sayang seseorang itu sayangkan kita melalui perbuatannya. kann ? :) sekarang dia jauh dimata. Walaupun perkenalan kami begitu singkat, tapi banyak yang kami lalui bersama. adakalanya aku rindu nak tengok dia marah marah kau seperti dulu apakan daya masa telah memisahkan kami. jarak telah memutuskan kami. Alhamdulillah dia sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik Muadzam Shah. Semoga dia dan kawan seperjuangan cemerlang. Semoga Rakan seperjuangan dapat memegang segulung diploma. Dan insyaAllah segengam Ijazah :) Jika diizinkan oleh Allah , aku akan berjumpa dengannya semester lima nanti. Perasaan tak sabar tu Tuhan je tahu macam mana. yaAllah, aku sayangkan ukhwah yang terjalin antara aku dan Nur Najihah Othman. Jangan Kau uji aku dengan dugaan yang aku sendiri tak dapat memikulnya. Izinkan aku dapat jumpa dengannya yaAllah. Aku rindukan dia yaAllah. Nur Najihah Othaman, aku tahu aku bukanlah seorang sahabat yang selalu ada disisi mu. aku juga tak dapat nak memahami mu seperti orang lain memahami mu. tapi aku nak mu tahu yang kau sahabat yang aku sayang. Entah kenapa aku rindukan mu. Nanti kita jumpa eh jia. Jaga diri leklok jiha. Jaga iman. Jaga solat.


No comments:

Post a Comment