Friday, 13 September 2013

Capital M

Assalamualaikum :)
hai. hari ni aku nak free. takdek kelas. so ada masa terluang ni. aku nak luahkan perasaan boleykan. hee. hm aku ada kenal seorang mamat ni. Aku rapat dengan dia sejak aku masuk Komuniti dulu. Mula mula dulu aku tak suka dia. Ramai kengkawan ejek aku dengan dia. Apa yang membuat mereka nak ejek kami pun taktahu. Pada suatu hari, aku jumpa dia di cybercafe berdekatan dengan rumah sewa aku. Entah macam mana aku boley mintak no phone dia. aku pun hairan. tetapi sejak dari tu jugak lah aku mengenali dia. Dia seorang macam mana ? hmm dia seorang yang ambil berat tentang kawan kawan dia. sangat ambil berat. tapi dia senang ditindih di pijak oleh kawan kawan dia. kadang kesian tengok dia. tapi tu lah aku dah nasihat berjuta kali tapi taknak dengar. Dulu dia selalu text kat aku. Hari hari. Tapi sejak dia masuk politeknik, dia jauh dah berubah. Aku pernah cari mana silap aku. Aku sendiri tak pernah jumpa. Dulu dia tak macam ni. Aku ingat lagi time aku ada program kat langkawi. Dia ada join sekali. Kalau aku rindukan dia, mesty aku teringat kenangan aku dengan dia kat langkawi. Kenangan aku dengan dia dekat kem Biro Tata Negara. tapi sayang semua itu hanya tinggal kenangan yang tak boley aku rasa kan lagi. Betul lah cakap orang kan, jika perempuan dengan lelaki berkawan rapat salah seorang dari mereka akan jatuh hati. Dan sekarang aku terima akibatnya. Dulu time kat kolej, kawan kawan dia selalu suruh aku tanya dia tentang perasaan dia kat aku. Bila lama lama, hati aku tergerak nak tanya dia. Tapi jawapan dia bukan memuaskan hati aku. Aku faham dan aku terima jawapan dia seadanya. Hm mungkin aku bukan yang terbaik untuk dirinya sebab tu aku bukan pilihannya. mungkin juga aku bukan seperti yang dia inginkan. mungkin juga aku tak seperti yang dia harapkan. mungkin juga aku bukan lah isteri yang sesuai untuk dirinya. mungkin. aku pernah berangan. jika aku ditakdirkan masuk hospital kerana penyakit kritikal, aku taknak dia tahu. kerana. sudikah dia datang melawat aku? sudikah dia luangkan bersama aku seperti dia luangkan masa seperti dulu. mesti tak kan kamoo ? :( kamoo. kita dah kenal lebih dari tiga tahun. mungkin kamoo tak dapat rasa apa yang ain rasa tapi ain nak kamoo tahu, ain tak pernah paksa kamoo tuk paham dengan apa yang rasa ini. ain juga tak pernah paksa kamoo tuk rasa apa yang rasa tapi percayalah ain tak tahu rasa itu macam mana boley ada. sory. mulai hari ini. ain akan cuba buang segala rasa ni kamoo. mungkin ada hikmah kenapa kita kenal dan mungkin ada hikmah kenapa rasa itu tidak hadir dalam diri kamoo. kamoo, thanks for everything. ain akan merindui kamoo tanpa kamoo rasa. tanpa kamoo menyedari. tanpa kamoo tahu. tanpa kamoo mengetahui.

No comments:

Post a Comment