Friday, 13 September 2013
R A S A
kali ini entry aku lebih menceritakan hal dia. dia yang dulu pernah menjadi sahabat aku. dia yang dulu pernah jadi kongsi kenangan bersamanya. tapi sekarang , hari ini. dia bukan lah lagi sahabat aku. tapi dia kawan aku. pejam celik pejam celik kejap je masa aku mengenali dia dulu. tak sangka dia jauh berubah hingga suatu hari dia nyatakan tentang perasaan dia terhadap aku. tapi sayang, ianya luar jangkaan aku. aku mengambil masa yang lama untuk jadi diri aku balik. bukan mudah. bukan senang bila orang yang kita sayang dalam dia sebenarnya tak suka kan kita. memang aku akui, aku tak secantik perempuan lain. agamaku tidak lah seteguh mana. solat ku juga tunggang langgang. aku juga tak layak berada disebelah dia. terasa rendah diri. pada hari ia mengatakan perasaan itu. hari tu aku sedar, siapa aku dimata dia. siapa aku dihati dia yang selama ini aku tertanya tanya tentang rasa perasaan dia. nak tanya malu tapi bila dah tahu sakit hati. hmm sejujurnya, aku rindukan dia. rindukan dia yang dulu. sikap dia yang dulu. sekarang dia langsung tak text aku. call jauh sekali. tipulah kalau aku tak tunggu dia text , call aku. sedang dulu yang sering dia text aku pun, aku tunggu ini kan yang dia tak text. aku tak kuat untuk melalui hari hari aku. tapi aku cuba kuatkan diri aku supaya tiada orang tahu tentang rasa ini. terciptanya blog ini kerana dia. aku ingin tulis tentang dia. supaya aku boley legakan hati aku untuknya. maafkan aku kerana sering cerita tentangnya. tapi hanya memalui laman ni sahaja aku boleh lepas kan rasa ini selain aku sering mengadu kepada pencipta. untuk ubah rasa yang telah ada ini bukan lah senang. bukan ubah dalam sekelip mata. tapi dengan izinNya aku yakin rasa ini boley ubah walaupun aku tak ingin ubah rasa ini. bagaimana aku ingin buang rasa ini jika sering memikirkan dia. bagaimana aku ingin buang rasa ini jika selalu teringat dia. bagaimana aku nak buang rasa ini jika dia telah sebati dalam diri aku. yaAllah. kuatkan hatiku yaAllah. aku tak kuat tanpa Engkau. YaAllah, berikan aku kekuatan untuk aku tabah yaAllah. YaAllah, jika ini perancanganMU, permudahkanlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment