Wednesday, 22 October 2014

Sekeping Hati

Dengan izin Allah. Aku menulis tajuk ini. Aku menulis bukan untuk dibaca tetapi untuk diriku. Secara jujunya, blog ini sudah seperti diari hidup. Selalu sangat meluah perasaan padanya. Mungkin kerana hati aku pernah terdetik untuk menjadi seorang penulis. Tetapi ia satu mustahil :)

Bismillah.

Sebuah jiwa.

Jiwa yang tenang datangnya dari hati yang tenang. Benarkah begitu ?

Cubalah imbau kembali. bagaimana kita mengawal hati, emosi kita sewaktu kita sedang marah, sedih, kecewa. Tidak kah apabila kita sedang marah seseorang atau sesuatu kita akan berkata yang tidak tidak. Tidakkah apabila kita terlalu kecewa kita sering marah pada individu yang satu lagi. Tidakkkah begitu?

Bertenanglah wahai hati. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Menyenangkan hati kita saat kita sedang marah, kecewa atau sebagainya. Ingatlah dia. Dia pencipta kita.

Berhijrahlah menjadi sesuatu yang lebih baik untuk menuju syurga yang indah.

Sekeping hati itu boley jadi sebesar besarnya dan ia boley jadi sekecil kecilnya. Dan sekeping hati itu juga boley jadi segering girangnya dan ia boley jadi seremuk remuknya, Begitu juga lah seterusnya.

Jagalah hati

Hati kita kalau tidak kita yang menjaganya, siapa yang akan menjaganya ? Tanyalah pada diri. Kuatkanlah semangat saat dugaan datang tanpa diduga. Sesungguhnya, Allah menyayangi kerana itu Dia memberimu dugaan.

Wahai sahabat
Senyumlah walau terpaksa kerana kadangkala keikhlasan itu datang dari keterpaksaan. Senyumlah ok!

Ingat. Jangan berikan hatimu kepada yang tidak halal. Lawanlah hatimu sedaya mungkin untuk tidak memikirkan hal hal yang tidak halal. Fikirkanlah pekara yang lebih baik. Itu akan lebih menyenangkan. In Shaa Allah kalau dengan izin oleh Allah.

Ok. Mungkin penulisanku setakat ini sahaja. Sudah lewat pagi. Jangan tinggal solat kerana itu pekara pertama akan dipersoalkan kelak. Jagalah solatmu. Jaga mata. Jaga iman. Jaga Hati.

taqabbalallahu minna wa minkum.

No comments:

Post a Comment