Secebis Rindu
Assalamualaikum.
Allahuakhbar. Rindu benar ingin menulis seperti dahulu. Lama sungguh tak meluahkan isi perut dalam aksara yang penuh bisu ini.
Teman,
Cepatnya masa berubah.
Hari demi hari,
Bulan demi bulan,
Tahun demi tahun.
Tahun lepas,
Berazam nak berubah.
Alhamdulillah. Allah izin.
Namun perubahan aku taklah semudah yang dijangka. Penuh dengan airmata. Penuh dengan sakit perit yang Dia izinkan untuk beri terhadap aku.
Alhamdulillah. Allah beri aku kekuatan yang tak terhingga. Sehingga aku dapat berada dibawah satu badan NGO yang aku sendiri tak jangka aku mudah untuk memasukki.
Tahun Baru,
Diri baru,
Fizikal baru,
Penampilan baru,
Tingkahlaku baru,
Kawan baru,
Sahabat baru
Alhamdulillah. DIA sahaja boley gambarkan rasa syukur ini.
Benar kata seorang sahabat, semakin kita tertutup. semakin kita rasa dilindungi, disayangi, dihormati.
Benar katanya. Aku tidak menafikan.
Tuhan, Terimakasih atas rasa ini. Terimakasih kabulkan niat dihati. Moga ia kekal hingga syurga.
Sebenarnya,
Ada banyak yang nak diceritakan.Ada banyak yang nak aku kongsikan.
Ada banyak yang nak diluahkan.
Tapi dah tak mampu menulis.
Entah lah kenapa. Mungkin minat itu dah semakin berkurang atau sudah hilang ingin berbiacara di alam penuh sunyi ini.
Aku,
Mohon maaf. Mohon maaf atas tulisan ini.
Semakin banyak kita menulis. Semakin banyak kita akan disoal.
Allah. Bimbang tak mampu nak jawab depan Yang Maha Esa.
Hawa, pesan ana.Wanita itu fitnah dunia.
Jaga aurat mu sayang, Jaga aurat,
Jaga solat,
Jaga Ikhtilat,
teguhkan pendirianmu sayang. Mahalkan dirimu.
Kita mungkin takboley jadi sehebat seperti isteri isteri Nabi
Tapi
CUBALAH
untuk jadi seperti mereka
Berusaha sungguh sungguh, OK?
Hawa, Andai kamu tahu bagaimana mata lelaki itu boley berfungsi. Pasti kamu akan menutupi seluruh tubuhmu hingga mencecah ke lantai. Allahurabbi.
Bawa diri dulu,
Ada rezeki kita berbiacara lagi.
Jaga diri. Jaga solat. Jaga aurat. Jaga iman. Jaga ikhtilat. Jaga hati. Jaga mata.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment