Assalamualaikum.
Ya Tuhan, apa dia tercipta untukku. Apa dia memang tertulis di Luh Mahfuz atau dia hadir cuma setika sekadar pengubat luka ?
Tuhan, sungguh aku menyayanginya. Aku menyayanginya keranaMu.
Sejak aku mengenali dia. Aku selalu sujud padaMU, aku sering membaca ayat ayat suci.
Sedangkan dia tidak suruh pun. Tapi itu effect yang aku rasa bila aku dengan dia. aku sendiri tidak mengerti kenapa dan mengapa. Aku bersyukur, sekarang aku dekat denganMU. Jujur, aku berasa tenang.
Benarlah kata orang, jika hendak merasa tenang.
Dekatkanlah diri kepada Allah.
Tenang yang macam mana ?
Kau dekatkanlah dirimu kepada pencipta. Kau sendiri akan ketahui nanti.
Ikhlaskanlah hati beribadat kerana Allah.
Tetapi kekadang manusia ini,
Melakukan solat kerana terpaksa
Tidak mengapa sayang,
Solatlah walau terpaksa
Sedekah lah walau terpaksa
Kerana
Manusia ini kekadang melakukkan sesuatu keran terpaksa
Latih lah diri untuk solat
Percayalah, ketenangan itu tidak dapat kau cari dimana mana
Tuhan, entah kenapa.
Aku rindukan dia. Sedangkan aku tahu, dia milikmu. Dia bukan milikku.
Tuhan,
aku tidak bahagia bersama dia seperti orang sebelum ini kenapa tetapi aku sayang dan rindukan dia
kenapa aku rasa seperti itu ?
Apakah faktor aku terlalu sayangkan yang sebelum ini.
Apakah faktor aku tiada ganti yang sebelum ini
Tetapi
Dari mana wujudnya
Sayang, Rindu itu ?
Allah, Hanya Kau Sahaja Mengetahui jawapannya :'(
Jujur, aku rindukan dia. tetapi aku ingin menjaga ikhtilat aku dengannya.
Jadi, biarlah aku serahkan perasaan ini pada Illahi
Andai ada jodoh kita nanti, kau pasti jadi milikku.
Dia yang jauh dimata,
Jaga Diri
Jaga Mata
Jaga Kesihatan
Jaga Iman
Jaga Hati
Seandainya kau tercipta untukku. Aku redha.
No comments:
Post a Comment