Assalamualaikum.
Mama. Pernahkah Kau Bertanya Kenapa ?
Ada suatu hari aku bertengkar dengan dengan seorang ibu yang melahirkan aku. entah kenapa aku dengan Mama selalu tidak sekepala :(
Sehari sebelum Raya, mama mengajak aku dan kakak aku kerumah belah mentua dia, pergi bersama suami dia. Tetatpi aku kata, "taknak" . lalu, Mama mengajak lagi dengan kakak aku didalam bilik tanpa ada aku.
Apabila kakak aku mengatakan taknak. Terus,, Mama aku berkata. " Nanti kalau ada orang lain benci suami awak orang baru awak tahu "
Allah. Saat aku dengar kakak aku bercerita balik terhadap aku. Rasa nak menitis air mata ini. Seorang ibu mendoakan seorang anak sedemikian. Mungkin benar, dia tiada niat. Tapi patutkah dia mengelurakan kata kata sedemikian.
Mama, Saya tahu, saya bukan anak yang baik. Jauh lagi anak yang solehah yang selalu ada disamping ibunya. Tetapi Mama pernahkah bertanya kepada saya akan khabar saya, makan minum saya saat saya jauh dimata Mama. Pernahkah Mama bertanya akan kesihatan saya.
Teringat saya, ada suatu hari kakak aku sakit. Mama aku datang jenguk dibilik. Bawa dia pergi hospital. Terlintas difikiran, beberapa minggu lepas, aku sakit. Tapi Mama cuma endah tak endah. Jujur, Wujud perasaan cemburu dengan kakak aku. Lagipula, dia sebelum ini membesar dengan Papa aku. Tiada belaian seorang ibu. Aku selalu memujuk hati aku sendiri supaya tiada perasaan iri hati terhadap kakak sendiri.
Berbalik semula kepada doa
Setelah aku mengetahui tentang itu, aku tak dapat tidur lena. Menitis air mata aku. Ketika aku solat, aku tidak kusyuk mengenangkan ayat ayat itu. Ketika aku pencipta aku, aku menangis, aku mengadu, apa doa itu akan dipekenankan. Kerana doa seorang ibu akan kabulkan oleh Allah.
Ketika sejenak aku ditikar sejadah sambil air mata aku bergenang, aku membayangkan
Aku ingin sekali duduk berdua dengan Mama. Ingin sekali bertanya kepadanya.
Mama, pernahkah Mama bertanya kenapa aku terlalu bencikan suami Mama ?
Mama, pernahkah Mama bertanya kenapa aku tidak pernah bertegur sapa dengan suamimu ?
Mama, pernahkah Mama bertanya aku tidak boley bertentang mata dengan dia ?
Mama, pernahkah Mama bertanya kenapa akutidak memaafkan dia ?
Pernahkah Mama ? Pernahkah ?
Mama, andaikata, doa mama itu telah pun dikabul oleh Allah. Maka aku redha. Mungkin takdir aku. tetapi andaikata, aku boley ubahmasa, aku ingin kata pada Mama. Aku lebih rela aku pergi dahulu sebelum dia daripada aku merasa derita hidup aku bersama suami aku nanti.
Biarlah aku pergi menghadap Illahi dari derita seumur hidup.
Sejak kehadiran " orang baru " dalam family aku. aku jadi selalu bertikam lidah dengan Mama, aku tahu, aku banyak sangat sangat buatmu terasa sehingga mengalir mata. Aku tahu aku berdosa. Tetapi Mama terlalu lebihkan suami Mama sehingga Mama mengabaikan perasaan anak anak. Mama terlalu fikirkan dia sehingga Mama lupakan kami anak anak. Aku tahu, seorang isteri wajib berada disisi suami dan kami cuma anak anak.
Mama, jika mama bahagia bersama dia. Alhamdulillah.
tetapi aku ingin engkau tahu. aku ingin keluar dari rumah itu. Biarlah aku pergi jauh jauh. Izinkanlah aku pergi. Redhakanlah perjalanan hidup anakmu. Aku tidak ingin berdosa dengan mu kerana orang lain.
Aku cuma seorang. Apa pilihan yang aku ada.
Jadi.
Biarlah aku mengalah dan beralah.
Ampunkan dosa dosaku yang sengaja dan tidak sengaja. Yang nampak atau tidak nampak.
No comments:
Post a Comment