Assalamualaikum
Keliru.
YaAllah. Sungguh aku keliru akan perasaan ini. Jauh disudut hari aku rindukan A tetapi dalam rinduku ini ada terselit rinduku pada F. YaAllah, tetapkan hatiku hanya pada seorang sahaja.
Sungguh, aku pernah mencintai F dalam diam. Untuk melupakannya pekara yang sukar bagi aku. Bertahun tahun aku memerlukannya. Malah, sampai sekarang, aku masih berhubung dengan dia. Benar, aku pernah terasa, kecil hati dengan dia sehingga timbul perasaan marah yang teramat dalam terhadapnya. Adakalanya, aku tidak boley dengar nama dia dan melihat kerana terlalu marah terhadap dia. Tetatpi Alhamdulillah, aku rawat hati aku dengan mendekatkan diriku pada Pencipta aku. Alhamdulillah. Aku tenang bila bersamaNya. Sehingga hati redha akan ketentuanNya. Benarlah kata orang. Jika apa yang kita harapakn lain dari apa yang impikan apalagi yang kita boley buat selain redha. Sesungguhnya, redha itu bukan sesuatu yang mudah. Ya. memang bukan mudah. Kau akan puas menangis sehingga tiada air mata lagi untuk kau tangisi.
Lately ini, aku terlalu rindukan A. Tetapi aku sedang menjaga ikhtilat. Aku juga sedang menjaga hati. Aku pernah jatuh sejatuhnya. Dan kini aku telah bangun secara perlahan lahan. Dan ketika aku sedang bangun, datang seorang hamba ingin menyunting diri aku. Sungguh aku keliru saat itu, sehingga aku belum menjawab soalan dia. Entah kenapa sejak akhir akhir ini, aku rindukan A. Rindu sangat. Rindu itu anugerah jiwa. Tiada siapa boley menghalangnya. Jauh disudut hati aku. Aku ingin memberitahu akan perasaan aku terhadapnya. Tapi aku tak mampu. Aku takut si dia tidak suka. Aku takut si dia menjauhkan diri dari aku. Jadi aku biarkan perasaan ini hanya Dia yang tahu. Cukuplah Dia yang tahu. Moga rindu ini dijaga olehMu. Moga rindu ini akan menguatkan lagi perasaan kami yaAllah.
Tidak tahu,
Aku tidak tahu sejauh mana perasaan dia terhadap aku. Yang aku tahu, dia sedang mencari cinta yang halal. Terkadang aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya rindu ini terhadap dia. Sedangkan dia tidak buat apa apa terhadap aku. Nak kata kami sentiasa berkomunikasi, tidak. jauh sekali selalu bertentang mata. SMS pun susah kerana kami berdua sedang menjaga ikhtilat masing masing.
Tetapi,
Sejak hadirnya dalam hidup aku. Hidup aku berubah. Mostly, biarlah. aku je yang apa yang telah berubah.
YaAllah, jika dia benar untukku, dekatkan hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu. Ameen. Aku hanya mampu berdoa. berdoa yang terbaik untuk kita. Moga ada akan kebaikkan. Awak, jauh disana. Jaga Diri, Jaga Hati, Jaga Iman, Jaga Solat. Saya percaya jika awak untuk saya. Tuhan takkan membiarkan awak jadi milik orang lain.
Rindu ku tiada tahu,
Sekeping hati ini akan selalu berharap akan jumpa dengan insan yang lebih baik. Sesungguhnya, aku bukanlah yang terbaik. Tetapi aku selalu akan jadi terbaik buat bakal suami ku nanti. Kadangkala, rindu ini berbelah bahagi sehingga air mata mengalir tanpa disedari. Mungkin, aku rindukan F yang dulu selalu ada untukku sewaktu ketika dahulu. Dia yang sentiasa meberi semangat terhadap aku tanpa lelah. Sungguh, aku rindu dia. Rindu dia sangat. Tetapi dia meminta aku untuk mengundurkan diri. Jadi aku mengambil langkah untuk pergi. Jika aku rindu pada dia. Biarlah tiada yang tahu. Kerana itu semua tidak penting. Cuma, perasaan ini aku simpan hingga syurga. Kerana aku mencintai dan merindui dia tanpa dia tahu. Sedih, bila kita sukakan seseorang. Tetapi kita tak dapat memiliki dia. Takdir tidak menyebelahi kita. Saya sebagai hamba terpaksa redha dan akur akan ketentuanNya. F, terimakasih. Terimakasih untuk selama ini. Saya hargai. Awak terlalu baik. Mungkin tiada jodoh kita. Moga jumpa yang lebih baik. In Shaa Allah.
Pergi,
Langkah demi langkah aku teruskan berjalan tanpa siapa siapa pun disisi. Aku serahkan jodohku pada Allah. Jika A untukku. Alhamdulillah. Jika tidak, Moga Tuhan mendamaikan hatiku dengan ketentuanNya.
Aku pergi tinggalkan semua. Semua yang ada disisi. Jujur, bukan mudah untuk lepaskan pergi. Tetapi aku bawa hati aku dengan tenang sekali. Supaya nanti tiada yang akan mengalirkan air mata. Perasaan ini, rindu ini, akan ku simpan buat yang halal. In Shaa Allah, jika ada jodohku didunia ini. Suatu hari ntni pasti aku merasai perasaan menjadi seorang isteri dan seorang ibu. Jika tiada, aku tunguu jodohku dipintu gerbang Syurga. In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment