Saturday, 27 September 2014

Terimakasih

Bismilllah.

Alhamdulillah.  Terimakasih Illahi untuk pinjaman yang sementara waktu ini. 

Mama, Papa, Kakak, Saudara
Selama ini Toin berada disini. Toin banyak menyusahkan kamu semua
Banyak sangat. Toin tahu kesusahan mencari sesen duit. Tahu. 
Toin minta maaf banyak menyusahkan

Mungkin
Ketika Toin ain meminta wang belanja
Mungkin ketika itu mereka tiada wang untuk belanja 
Tetapi mereka tetap hulur
Terimakasih
Terkadang Toin terharu untuk semester ini
Mereka berjuang berhabisan untuk dapatkan untuk Toin

Semester
Entahlah kenapa, 
Semester banyak sangat sangat sangat guna wang
Sehingga kadang kadang sanggup makan megi seminggu
Kerana takut dah nak mintak wang 

Pencuci
Disini setiap pagi akan ada cleaner yang akan cuci setiap blok asrama
Selalu terdetik dihati
Apa aku telah menyusahkan mereka sehingga mereka terpaksa mengeluarkan keringat
Apa aku telah membebankan hidup mereka sampai mereka terpaksa berlapar untuk aku
Allah
Jagakan mereka untuk aku
Sungguh aku tidak boley membalas jasa mereka

Sukar
Semester ini terlalu sukar untuk aku capai target aku sendiri
Sumpah ! 
Sem ini tak macam sebelum ni
Payahnya Tuhan sahaja tahu bagaimana
Kadang merintih depan Pencipta
Memohon agar sem ini tidak ada subjek yang sangkut
Kerana 
Kebanyakkan ramai yang sakut sem ini

Ikhtiar
Sesungguhnya aku telah berusaha sekuat mampu aku
Sesungguhnya aku telah berusaha sedaya mugkin
Berharap dapat keputusan yang baik 
Sememangnya nak jadi yang terbaik itu bukanlah mudah
Bagiku cukuplah sekadar
Keputusan lulus
Keputusan cemerlang? 
Siapa taknak. Cuma aku tahu sem ini susah nak dapat pencapaian 

Sekali lagi
Aku berterimakasih yang tak terhingga buat mereka
Aku tahu telah membebankan hidup mereka

Buat Mama, 
Toin sebagai anak, mohon doa mama dari jauh
Doakan kejayaan anak Mama disini
Toin rindu mama, 
Rindu masakan mama
Rindu nak tengok senyuman mama
Meskipun kita tidaklah rapat seperti anak dan emak
Meskipun kita duduk sebumbung tetapi jarang berkomunikasi
Meskipun kita sering makan hati sesama sendiri
Meskipun saya tidak pernah tunjuk yang saya sayangkan mama
Tapiii. 
Toin nak mama tahu
Anak mana tak sayangkan Ibunya
Mama telah pun temui pengganti Papa
Toin doakan mama bahagia disamping dia
Penat lelah, keringat Mama untuk Toin, 
Toin hargai,
Sungguh benar, tak dapat nak membalas
Toin cuma mampu berdoa yang terbaik buat Mama. 
Moga Allah selalu jaga Mama 
Dan 
Semoga Mama dalam jagaaNya
Maafkan segala dosa Toin 

Buat Papa, 
Toin baik buruk macam mana pun
Papa tetap Papa toin
Love you so much

Mungkin

Bismillah.

Jujur. Entri kali ini tidak mudah. Ini soal hati perasaan dan jiwa aku sendiri
Orang lain takkan rasa apa yang aku rasa sebab ujian kita berbeza

Entri sebelum ini aku pernah kata bahawa aku tidak akan lagi menulis tentang dia.
Tetapi hari ini aku akan menulis tentangnya. Benarlah kata orang, manusia susah nak tunaikan janji.

Hmm.
Entah kenapa. Aku rasa diberi pentunjuk dariNya. Semakin hari semakin jauh. Aku pernah merintih depan Yang Maha Esa supaya diberi pentunjuk. Hubungan. Semakin jauh. Aku juga telah jauh hati dengannya. Tapi rasa ini masih ada untuknya, Tulisan aku mungkin aku boley tipu yang bahawasanya aku tidak merindui dia. Jauh sekali mencintai dia. Tapi depan Yang Maha Esa aku tak boley tipu diri aku. Sehingga kekadang, airmata tiada henti mengalir.

Allah
Sungguh aku tak kuat untuk hadapi. Kuatkan lah aku yaAllah. Iman aku masih lemah yaAllah. Hati sentiasa ingatkan dia. Diri ini selalu tunggu dia. Tapi dia yang aku tunggu itu tak tunggu aku. Aku tahu, Melalui status dia. Cara dia. Aku mengerti aku bukanlah yang istimewa buatnya. Lelaki kalau sayangkan wanita, cara dia lainkan ? Dia akan takecare pasal kau. Dia nak selalu dengan kau. Dia selalu buat kau tersenyum. Dia takpernah jemu dengan kau. Dia takkan buat kecil hati dll. Kau percaya kata kata aku ?

Tuhan
Aku tahu dan aku sangat percaya. Apa yang berlaku ini ada hikmah. Aku redha yaAllah.

*Nasihat dari seorang kawan

Allah ciptakan pertemuan, kemudian Allah ajarkan saya banyak perkara.

After that Allah aturkan perpisahan. Untuk tengok sebenarnya siapa lebih kita utamakan. Dia atau dia?

I admit it, it isn't easy to let you go. But for His sake, untuk kebaikan kita, untuk kebaikan iman dan hati kita, untuk tak wujudkan fitnah kepada agama, saya minta. Lupakan saya selagi mana saya melalaikan awak.

Keep in touch dalam doa, okay?

Jumpa di syurga.

Jangan nangis-nangis, 

Allah uji kita dengan pertemuan, sekarang Allah uji kita dengan perpisahan. Bukankah hidup ni juga satu ujian? Untuk tengok sejauh mana kekuatan iman.

Semoga kuat. Allahu yubarik fik.

Untuk seorang perempuan macam aku. Aku selalu jadi seorang itu sebagai penguat aku. 
Jujur, aku tak mengenali dia. Tapi aku sangkat teruja dengan penulisannya, Dia juga pernah terluka. Malah pernah bertunang. tapi kecundang di tengah jalan. Dia bangkit perlahan lahan. 

MasyaAllah
Aku harap aku kuat seperti dia. Dia si budak bloggers. Walaupun aku tidak mengenali dia. Tapi dia memahami setiap jiwa yang ada. Bloggers, moga jumpa di syurga. In Shaa Allah. 

*berbalik cerita tadi* 

Online
Tipulah setiap kali aku online aku tak stalker dia. Tipulah kan kan. Menda tu harus punya, Tapiii. Aku hanya mampu melihatnya dari jauh. 

Mungkin
Aku bukan pilihan dia. Dan mungkin Tuhan tidak memilih dia untuk aku. Dia milik Tuhan Yang Maha Esa. Moga Tuhan jaga dia untukku. Aku tak layak buatnya. Aku tahu. 

Perpisahan
Kala ini, aku banyak berfikir ada banyak sebabnya kenapa izinkan aku mengenali dia. Benar, kali ini aku kecundang sekali lagi. Tapi aku bahagia mengenali dia. Mungkin dia tak sama dengan F jauh sekali berbeza tetapi dia ada kelebihan yang tak ada pada F. Itu aku sedar. 

Moga rasa ini tidak terlalu lama. bak kata kawan bloggers saya. Futur (putus asa) itu boley Tapi terlalu lama. Allah. Terimakasih atas ayat ini. Terimakasih kerana sering beri semangat. Moga Allah beri kekuatan hidup untuk awak jugak Mato. 

Bila aku pergi Janganlah kamu cuba memanggil aku lagi. Sebab mungkin ketika aku, Aku telah serahkan sepenuhkan jiwa aku padaNya. Engkau pergilah bersama dia pilihan hati kau. Kerna aku tak bisa jadi seperti dia yang engkau harapkan. Kerna aku tahu kemampuan aku. Maafkan aku kerna menggangu hidupmu. 
 
Pergilah. Aku redha. Jaga Diri. 
- AA

Thursday, 18 September 2014

Renion dan Selfie

Assalammualaikum

Haii. Terasa lama dah tak menulis. Mungkin disebabkan masa yang padat tak dapat nak menulis.

Okay. Baru baru ni ada renion. Suka suka dan suka :D

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar tiada cacat cela. Syukur ke hadrat Illahi dapat melepaskan rindu.

Selfie
Bila berjumpa tak sah kalau tak berselfie kan ? Kami semua tak terlepas juga untuk berselfie , umtuk buat kenangan. Yelah lepas ni taktahu dah nak jumpa bila. Masing masing nanti dah ada kerjaya.

Akhir kata,,
Terimakasih korang. Jaga diri baik baik. I'll miss you :)


*maaf, entri short. kurang sihat tapi tangan gatai nak edit, maaf

Assalamualaikum.

Wednesday, 10 September 2014

Simpan Sendiri

Bismillah.

Entah lah kenapa. Sejak akhir akhir ni. selalu sangat sakit. Bermacam macam sakitnya. Terutamanya sakit kepala. Dah macam jadi perdana menteri banyak sangat fikir, sampai teruk sangat sakit kepala.
Sampai satu tahap sebab terlalu sakit kepala. Menitis air mata kerana taktahan.

Allah.
Kuatkan aku. Impian aku masih belum sampai ke penghujungnya. Aku belum sempat melihat wajah Mama dan Papa tersenyum kerana kejayaan aku. Aku belum sempat yaAllah. Izinkan aku melihat wajah mereka saat itu. Aku tahu, aku bukan seorang anak yang baik. Untuk membalas jasa mereka sesuatu yang mustahil bagi seorang anak. Tuhan, sekiranya aku ada sebarang penyakit yang tidak aku ketahui. Aku cuma mohon satu pekara. Izinkan untuk aku melihat wajah tersenyum mereka saat aku memperoleh kejayaan.

Secara jujurnya,
Aku seorang penakut nak berjumpa doktor. Jadi aku simpan sakit ini sendiri. Tahun ini sahaja, aku dah berapa kali demam. Sampai taklarat nak pergi kelas. Allah. Aku paling susah untuk sakit. Tapi entah kenapa tahun ni terlalu banyak sakit.

Kadangkala,
Pernah terfikir apa ini tanda bahawa aku pergi menghadap Illahi taklama lagi. Apakah ini tanda bahawa aku kerna bersiap sedia untuk jawab semua soalan yang akan dipersoalkan ? Allah. Terimalah ibadat ku. Ampunilah dosa dosaku yang sengaja atau tidak sengaja. Terutamanya dosa pada Mama dan Papa serta kakak dan keluarga.

Syafakallah,
Kata orang, sakit itu kafarah dosa. MasyaAllah, terimakasih atas sakit ini. Aku redha apa yang telah ditakdirkan untuk aku. Moga hati aku benar benar redha akan sakit ini. Kerana aku cuma hambaMu yang sentiasa melakukan dosa. Kadangkala, aku juga ada juga rugutan atas sakit ini. Ampuni aku yaAllah. Moga sakit ini, mengeratkan lagi hubungan KITA yaAllah.

yaRabbi. Jika telah tiba masanya. Maka aku redha. kerana aku yakin setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Dan kita sebagai hambaMu harus selalu ingat mati. Matikanlah ku dalam keadaan aku masih memeluk islam. Matikanlah aku dalam iman. Matikanlah aku dalam keadaan baik. Aaaminn.

Aku bukan mendoakan yang aku nak mati. Tapi kita kena selalu bersiap sedia untuk mati. Sebab Jodoh itu ada dua iaitu jodoh kahwin dan mati. Kita sebagai taktahu mana yang datang dulu. Aku tulis seperti ini bukan aku nak sangat mati. Taknak. Amalan aku belum cukup. Ibadah ku belum sempurna. Solat ku belum cukup. Sungguh terasa keji dan hina diri ini untuk mengadap Illahi. Tetapi alasan itu sampai bila akan berakhir jika tiada niat untuk berubah. Think.

Aku manusia yang sentiasa melakukan dosa. Sentiasa. Entah Allah terima ke tidak amalan ku, solat ku, ibadah ku. Entah. Kita taktahu. Tapi jika terus terusan tanya tanpa bertindal. Tiada guna. Aku harap, aku mati dalam keadaan baik. Semoga Allah menerima amalan kita. In Shaa Allah.

Sayanggg, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Lain orang, lain cara dia mendapat hidayah. Aku belum cukup baik untuk menasihati orang. Tapi aku sedang dan sentiasa beristiqomah. MasyaAllah. Bila kau yakin Tuhan itu ada. Kau pasti ingin bercinta dengan dia. Sehingga kau takut untuk meninggalkan dia.

Ingat. Aku juga manusia yang sering melakukan dosa. Sering. Maafkan segala kekhilafan aku. Doakan perhijrahka ku kali ini lebih tenang dan diredhai. Doakan ku U.U

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Monday, 8 September 2014

Renion !

Assalamualaikum

Allah. Sungguh rasa ini cuma Tuhan tahu bagaimana
Jumaat ini ada reniounnnn ! Taksabarnyaa lahai :)
Taksabar nak jumpa kawan kawan. Meskipun taksemua yang turun nanti.
At least, ada perjumpaan kan. Mogaa Allah permudahkan segala urusan kita nanti. Semoga Allah permudahkan perjumpaan kita nanti. Moga Allah redha. In Shaa Allah.

Kawan kawan yang jauh dimata,
datang elok elok ye ! yang bawak kereta, drive carefully sayang. saya dan yang lain tunggu awak.
Miss you so much. Last kita jumpa time konvo je. Tu pun kejap je. sebab masing masing nak cepat. hmm

Perjumpaan.
Perjumpaan ini sebenarnya tak dirancang. Tup tup aku dengar mereka nak turun.
Allah. Happynyaa. Sanggup skip kelas. Muhahaha. jahatkan. asib satu je kelas nanti. kalau tak mampus aku. huhu.

Selamat Datang.
Awakkkkk. Mesty lama tak datang sini kan. Rindu tak nak lepak sesama. Rindu nak makan megi berjemaah. Rindu nak borak borak sampai gelak tak ingat dunia. Rindu nak teman g tandas time pagi pagi buta buta. Rindu nak mandi sesama. Rindu semuaaaaaa ! RIndu sangat. Selamat datanng ke Kuantan. Selamat mengimbau kembali kenangan yang ada. Kita cuma ada kenangan untuk kita simpan. Kita cuma ada kenangan untuk lepaskan rindu.

Akhir kata,
Hati hati dalam perjalanan. Terimakasih kerana bagikan masa untuk kami. saya hargai :)

Nanti aku update lepas jumpa mereka pulak okay.
To be continue.

Sampaikanlah

Assalamualaikum

Bismillah

Okay entri kali ini mugkin kali terakhir aku bercerita tentang dia. Mugkin

Hmm. Kenapa?

Sebab.

Aku ingi redha kepergiaan dia dalam hidup

K

Sesungguhya, bukanlah mudah
Sumpah. Nak berperang dengan hati dan jiwa ni
Kalau kita tak pernah rasa kena buang
Kau takkan faham perasaan aku

Tuhan uji aku dua kali aku sebegini
Alhamdulillah, aku redha
Cuma kadangkala aku terpaksa menangis depan Tuhan
Tanya kenapa dan mengapa

Melihat manusia lain
Senang je dapat orag mencintai
Aku terlalu susah

Jealous ?
Sudah tentu ada perasaan macam sebegitu
Kita manusia mana boley tipu
Orang lain boley lah kau tipu
Tapi
Tuhan tak boley. Ingat tu !

Dalam keadaan aku merungut
Aku pernah pegang dada aku
Sebab
Allah menjauhkan aku dari dosa "itu"

Mungkin benar aku sunyi
Tapi
Tuhan juga telah kabulkan doa aku dalam diam
iaitu
Aku ingin mencintai suami aku sahaja
Mungkin sebab itu
Aku tidak lagi ketemu sesiapa buat masa ni

Adakalanya
Jauh dilubuk hati
Tersentuh satu pertanyaan
Dapatkah aku menjadi isteri
Dapatkah aku menjadi seorang ibu
Dapatkah aku merasai kebahagian bersama orang tersayang
Aku selalu pujuk hati aku
Bahawa
In Shaa Allah akan ada orang mencintai aku suatu hari nanti

Bila melihat kawan kawan yang sudah berpasangan
Selalu tersenyum depan phone
Selalu on call
Ada tempat bermanja
Ada tempat mengadu
Terdetik
Bilalah aku dapat merasai
Aku dah lama rasa " sepi "
Sampai kekadang bergenang air mata
Kerana aku takdapat merasai semua itu

Kawan kawan mungkin nampak aku
Senyum
Gelak
Ketawa
Tapi jauh di lubuk hati aku
Aku sebenarnya sunyi
Tiada siapa tahu
Kecuali DIA

Aku mohon kepada Tuhan
Jangan ketemukan aku dengan orang yang salah
Sakit sungguh ujian bila ketemu dengan orang yang salah
Tetapi
Allah duga aku lagi
Berat bahu yang memikulya
Namun aku redha
Itu bahagian aku

Semoga Allah beri kekuatan yang amat tinggi
Kerana untuk melupakan seseorang
Bukanlah mudah
Bukanlah senang
Orag cuma tahu cakap sabar sabar dan sabar
Kalau boley
Dah tiada sabar dalam diri

Sampai satu tahap
Aku ingin pergi mengadap Illahi
Kerana terlalu penat dengan dugaan Dunia

Tapi
Aku kentalkan jiwa aku
Kata
Orang lain lagi hebat ujian Allah bagi
Sabarlah *pujuk hati*

Tuhannn
Kemana harus aku bawa  hati aku tatkala aku rindukan dia
Kemana harus aku bawa diri tatkala aku rindu nak dengar suara dia
Setiap hari selalu airmata ini keluar kerana terlalu rindu
Terlalu cepat pergi YaAllah
Aku belum sempat mengenali dia
Aku ada salah kah pada dia
Aku ada buat dia kecil hatikah sehingga dia jauhkan diri dari aku

Sungguh benar
Aku rindukan dia
Aku cuma ada Kau tempat aku mengadu
Aku tiada siapa
Kadang aku tak kuat
Kadang rasa dah tiada jiwa
Kerana terlalu banyak menangis
Menangis dalam diam itu menyakitkan dan pedih sebenarnya

YaAllah
Jika benar dia bukan untukku
Jauhkan lah dia dariku
Aku dah kuat untuk tanggung semua ini
Kali ini dugaanMu berbeza
Aku sendiri terlalu lelah
Sehingga satu tahap
Airmata menceritakan segala galanya

Aku nak berhenti berharap
Tapi kesudahannya
Dalam fikiran aku tetap ada dia
Allah
Jauhkan dia dari pandangan aku
Sungguh ia terlalu menyiksa
Tiada siapa tahu

Bagaimana nak melupakan dia?
Bagaimana ? Bagaimana ?
Aku telah lakukan macam macam
Macam macam
Tapi......
Dia tetap ada

Allah
Rasa ini cuma Kau yang tahu

yaAllah
Sampaikan rasa rindu ku ini pada dirinya
Semoga rinduku menjadi kerinduan buat dirinya juga
Aaaminnn,

YaRobbi
Jika benar dia untukku dekatkanlah

Sampaikanlah rindu ku ini pada dirinya
Semoga rindu ku ini akan berkurangan
Tak sanggup dah rasa

Moga lepas ini aku lebih redha
Moga lepas ini aku lebih matang dalam kendalikan perasaan
Moga lepas ini dia lenyap dalam fikiran aku
Moga moga

Awakk.
Maaf atas rasa ini
Saya dah berusaha sebaik mungkin untuk lepaskan semuanya
Maaf
Jaga solat.
Jaga diri.
Jaga iman
- AA




Sunday, 7 September 2014

Atas Dasar Cinta

Bismillah.

Jujur aku tak tahu nak mulakan macam mana entri kali ni.

Ini soal hati.

Directly cakap,

Dalam memburu solehah, ada kala dia lelah. Dia lemah, dia tersalah langkah. Dia tergelincir ke jurang ikhtilat yang dia sendiri tak sedar.

Dalam menggapai gelaran si musleh, syabab itu terjatuh. Sangkanya itu tak mengapa. Namun sebenarnya dia membenarkan syaitan menipu daya.

Member minta aku buat entri ni. Untuk tegur dia, untuk tegur orang yang dia sayang, untuk tegur aku, untuk tegur kita. Kadang kita leka dengan dunia.

Kita tahu, berubah ni step by step. Tapi kadang kita lupa, syaitan punya stail nak sesatkan manusia pun step by step.

Sedangkan syaitan ni dah hasut berjuta manusia dari zaman Nabi Adam, setakat kita yang iman tak kuat mana ni lagi senanglah kan diorang nak hasut. Lalu tanpa sedar, masing-masing tergelincir.

Aku tak kata tak boleh langsung berhubung dengan ajnabi. Tapi ada batas. Selagi belum nikah, selagi tu ada batas. Ingat?

Mula-mula berbual benda penting. Mesej bila ada urusan. Contact pun benda-benda yang ada kepentingan. Lama-lama, makin pelik konsep perbualan tu. Benteng batasan syariat tu macam pecah secara perlahan.

Akhirnya berbual bertanya khabar, benda-benda yang tak penting sangat sebenarnya. Sejam tak dapat mesej dari orang tu, hati dah mula resah. Rasa serba tak kena. Waktu tu kondisi iman mula yanqus, menurun. Lemah. Goyah. Tapi kita tak sedar. Kita rasa, "Ala biasalah ni. Nama pun sayang."

And perkara ni aku dah lama cakap dengan kawan aku ni. Dia pun, mula-mula malas nak dengar. Abaikan nasihat aku, nasihat member lain. Iyalah, kadang kita nampak yang berbeza jantina ni lebih ambil berat pasal kita, sedangkan yang sejantina ni ramai lagi yang sudi ambil berat sebenarnya.

Aku dan geng-geng RKS (Remaja Koya Sejati) ni pun basuh punya basuh budak sorang ni, akhirnya dia mengalah. Okay aku tahu sakit tu macam mana. Pedih. Yes. Lepaskan orang yang kita sayang, sebab nak tengok dia bahagia raih cinta Dia.

"Macam mana kalau aku bangun tidur, tak ada mesej dari dia? Kosong doh hidup."

"Kau mampu, insyaallah. First week mungkin susah sikit, lama-lama kau boleh."

"Tapi aku sayang gila kat dia. Aku sayang gila."

"Kalau sayang, mesti sanggup melepaskan, kan?"

"Kau bukan kat tempat aku, bolehlah cakap."

"Ya, memang aku bukan kat tempat kau. Tapi kau kena faham, aku tak sanggup tengok orang-orang yang aku sayang, tergelincir free-free je sebab syaitan."

"Kami bukan cakap benda lagha pun."

"Okay tak lagha. Tapi aku tahu, dalam solat kau, kau ingat dia, kan?"

"Mestilah ingat."

"Waktu study kau ingat dia kan?"

"Ya..."

"Waktu makan kau teringat conversation kau dengan dia, kan?"

"Hm."

"Sebelum tidur, kau mesej dia kan?"

".........."

"Bangun tidur, kau cari phone, check ada mesej dari dia tak, kan?"

"Hm."

"Kau buat apa pun kau ingat dia, kan?"

"Aku sayang dia!"

"Kalau sayang, kau mesti nak tengok dia ke syurga, kan?"

"Ya."

"Jadi kau kena lepaskan dia, atas dasar sayang kau pada dia, sayang kau pada agama, sayang kau pada yang ciptakan korang berdua. Lepaskan dia, boleh?"

Dia nangis. Untuk pertama kali, aku guna cara paksaan sampai orang menangis sepanjang lalui proses tarbiyah dakwah ni.

Aku minta maaf. Ini bukan sengaja. Aku sayang kau. Kami sayang kau. Macam mana kau sayang dia, aku nak kau tahu, kasih sayang Allah pada korang berdua, pada kita semua lebih luas daripada tu.

Itu antara satu scene dalam mem'basuh' member aku ni, dan aku tahu sampai sekarang dia masih susah nak melepaskan. Tapi dia minta aku buat entri ni. Supaya orang di sebelah sana juga faham situasi. Sebab dia tak ada kekuatan nak jelaskan sendiri. Hatta aku juga tak ada kekuatan tengok member aku yang kuat, yang jarang menangis, yang sentiasa nak menang, yang susah kalah, yang susah tundukkan ego, akhirnya terjatuh. 

Aku tak salahkan mana-mana pihak, aku salahkan diri aku. Diri aku yang tak cegah dari awal. Salahkan diri aku, yang biarkan semuanya berlarutan. Salahkan diri aku, sampai semuanya jadi makin payah untuk dilepaskan. Maafkan aku, kawan.

Untuk si mawar berduri yang aku hormati, ini pesanan dari dia untuk kamu. (Tapi dah dialih bahasa juga di edit sikit sebab ayat dia jiwang sangat. Nanti lain pula jadinya. Saya ambil part yang boleh dikongsikan secara umum saja.) 

Semoga dipinjamkan kekuatanNya dalam hatimu, untuk menjalani hari-hari dengan penuh keyakinan dan redha atas setiap yang berlaku.

Bukan tak sayang, jauh sekali membenci. Tapi perpisahan ini perlu, untuk aku dan kamu cari semula makna soleh dan solehah dalam diri.

Janji dengan saya, berpisah di dunia, bertemu di syurga.

Permintaan yang saya buat, bukan atas kerelaan diri. Tapi atas paksaan iman. Tak sanggup tengok orang yang saya sayang terus tertipu dengan hasutan syaitan.

Saya berdosa. Sebab saya, awak leka. Itu tak apa. Tapi saya taknak, awak berdosa sama.

Allah ciptakan pertemuan, kemudian Allah ajarkan saya banyak perkara.

After that Allah aturkan perpisahan. Untuk tengok sebenarnya siapa lebih kita utamakan. Dia atau dia?

I admit it, it isn't easy to let you go. But for His sake, untuk kebaikan kita, untuk kebaikan iman dan hati kita, untuk tak wujudkan fitnah kepada agama, saya minta. Lupakan saya selagi mana saya melalaikan awak.

Keep in touch dalam doa, okay?

Jumpa di syurga.

Jangan nangis-nangis, 

Allah uji kita dengan pertemuan, sekarang Allah uji kita dengan perpisahan. Bukankah hidup ni juga satu ujian? Untuk tengok sejauh mana kekuatan iman.

Semoga kuat. Allahu yubarik fik.

Assalamualaikum wbt.

Petikan Dari Mato.

Thursday, 4 September 2014

Cuma Sebuah Mimpi

Semalam
Aku mimpi aku jadi ” isteri kau “ 
Tapi cuma dalam mimpi 
Sayang sekali 
Kan best kalau aku ia terjadi betul betul
Atau
Aku takkan terjaga
Aku nak menikmati saat saat bersama kau
Pasti semuanya indah indah
Aku berharap ia akan jadi kenyataan. 
Sebenarnya 
Aku terlalu rindukan kau
Mungkin sebab tu aku mimpikan kau
Tapi
Hakikatnya aku tahu 
Kau tak rindu kan aku
Jauh sekali kau letakkan aku dalam hati kau
Itu aku percaya. 
Aku tahu kau milik Tuhan
Moga Tuhan jaga kau baik baik 
Aku rindu kau
Jaga Diri
-AA

KepadaNya Kita Kembali

Assalamualaikum

Bila kita ingin berubah menjadi kepada sesuatu yang lebih baik
Akan ada hambaNya 
Datang mencaci
Datang menghina
Datang mengutuk
Datang mengata
Datang untuk rebahkan kita
Sehingga kita rasa tiada down sangat sangat

Tetapi 
Bila kau kembali pada niat
In Shaa Allah 
Kau takkan peduli 
Kata kata mereka
Kau takkan peduli 
Ungkapan mereka

Lumrah manusia
Memang hidup dengan mulut manusia
Adakalanya, 
Kita takut untuk berubah
Kerana takut 
Kata kata mereka

Benar, 
Bukan mudah untuk 
Pekakkan telinga
Tuli kan pendengaran
Keraskan hati
Kentalkan jiwa

Tetapi 
Pandangan siapakah yang kita perlu peduli ? 
Kalau bukan Dia
Menangislah kau depan Pencipta
Meraunglah kau depan Yang Maha Esa
Merintihlah kau depan Yang Maha Bijaksana
Sesungguhnya
Dialah Yang Maha Mendengar
Dialah Yang Maha Mengetahui perasaanmu

Kita cuma ada DIA untuk mengadu
Walauapapun terjadi
Jangan pernah berhenti BERDOA

Cuma Dia

Assalamualaikum
Alhamdulilllah diberi kesihatan baik.
Terimakasih yaAllah

Blog aku takdek followers
Blog aku takdek berapa orang datang melawat
Takdek
Kosong

Tapi
Sebenarnya itu lebih baik
Biarlah aku taktahu
Dari aku tahu

Begitu juga dengan hati aku
Biarlah orang taktahu
Dari orang tahu

Sungguh
Bukan mudah untuk simpan seorang diri
Merana
Terseksa

Sampai sekarang
Aku mencari jawapan
Dari mana datangnya
Rindu dan Kasih ini
Sedangkan dia bukan
Seorang yang ambil berat, etc.

Ada mungkin juga
Aku seorang yang cepat sukakan orang
Tetapi rasa kali ini berbeza
Berbeza sangat

Mimpi
Baru baru ini akumimpi
Aku jadi milik dia
Allah
Sukanya ketika itu

Tapi sayang
Cuma dalam mimpi
Yaa. Cuma dalam mimpi
Alangkah seronok
Jika ia jadi kenyataan. kan ?
Ataupun,
Saya tak sedar
Saya terus dibuai mimpi
Sehingga saya betul betul jadi miliknya

Mungkin
Kerana terlalu rindu
Sampai mimpi macam tu sekali
ada kemungkinan. Kan ?

Agaknya
Apa khabarlah dia
Dah lama tak contact dia
Tipulah
Kalau tak pernah menangis
Sebab rindu sangat sangat

Tapi
Aku cuma DIA
Untuk aku luahkan rinduku ini
Tuhan menguji aku dengan sesuatu
Yang aku tak jangka

Tapi
Aku redha
Cuma aku tertanya tanya
Itu sahaja
Moga suatu hari nanti
Aku dapat jawapan
Meskipun dalam mimpi

Tuhan
Jagakan dia untukku
Kerna ku masih jauh

Monday, 1 September 2014

Kenangan

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Dah sampai Muadzam lewat petang tadi.

Okay okay.
Finally,  impian saya tercapai.
Yeayyyyyy !
Alhamdulillah :D

Akhirnya.
Saya dapat naik  sekali dengan dia.. hehehe
Entahlah kenapa.
Happy dia lain macam ni. haihh.
Semoga kebahagian ini akan berkekalan.
Ameen.

Awakkk  ( F ).
Terimakasih untuk sebelum ini dan hari ini.
Jaga Diri Baik baik k
Jaga Solat.
Jangan lupa makan ubat.
Terimakasih bawak virus selesema ni. huhu :(
Seronok hari ini.
Walaupun, kita bertengkah lidah dan gurau senda
Cuma sepanjang perjalanan dari rumah ke poli
Tapi ia satu kenangan.
Nanti awak habis dulu kan :(
Mesty tak dapat jumpa dah kan.
Dah susah nak jumpa.
Kan.
Kan.
Hm..

Takpelah.
Yang penting kenangan kita ada kan.
Moga semuanya Allah redha.
Moga Allah sentiasa menjaga kamoo.
Allahumma Ameen :)