Alhamdulillah. Terimakasih Illahi untuk pinjaman yang sementara waktu ini.
Mama, Papa, Kakak, Saudara
Selama ini Toin berada disini. Toin banyak menyusahkan kamu semua
Banyak sangat. Toin tahu kesusahan mencari sesen duit. Tahu.
Toin minta maaf banyak menyusahkan
Mungkin
Ketika Toin ain meminta wang belanja
Mungkin ketika itu mereka tiada wang untuk belanja
Tetapi mereka tetap hulur
Terimakasih
Terkadang Toin terharu untuk semester ini
Mereka berjuang berhabisan untuk dapatkan untuk Toin
Semester
Entahlah kenapa,
Semester banyak sangat sangat sangat guna wang
Sehingga kadang kadang sanggup makan megi seminggu
Kerana takut dah nak mintak wang
Pencuci
Disini setiap pagi akan ada cleaner yang akan cuci setiap blok asrama
Selalu terdetik dihati
Apa aku telah menyusahkan mereka sehingga mereka terpaksa mengeluarkan keringat
Apa aku telah membebankan hidup mereka sampai mereka terpaksa berlapar untuk aku
Allah
Jagakan mereka untuk aku
Sungguh aku tidak boley membalas jasa mereka
Sukar
Semester ini terlalu sukar untuk aku capai target aku sendiri
Sumpah !
Sem ini tak macam sebelum ni
Payahnya Tuhan sahaja tahu bagaimana
Kadang merintih depan Pencipta
Memohon agar sem ini tidak ada subjek yang sangkut
Kerana
Kebanyakkan ramai yang sakut sem ini
Ikhtiar
Sesungguhnya aku telah berusaha sekuat mampu aku
Sesungguhnya aku telah berusaha sedaya mugkin
Berharap dapat keputusan yang baik
Sememangnya nak jadi yang terbaik itu bukanlah mudah
Bagiku cukuplah sekadar
Keputusan lulus
Keputusan cemerlang?
Siapa taknak. Cuma aku tahu sem ini susah nak dapat pencapaian
Sekali lagi
Aku berterimakasih yang tak terhingga buat mereka
Aku tahu telah membebankan hidup mereka
Buat Mama,
Toin sebagai anak, mohon doa mama dari jauh
Doakan kejayaan anak Mama disini
Toin rindu mama,
Rindu masakan mama
Rindu nak tengok senyuman mama
Meskipun kita tidaklah rapat seperti anak dan emak
Meskipun kita duduk sebumbung tetapi jarang berkomunikasi
Meskipun kita sering makan hati sesama sendiri
Meskipun saya tidak pernah tunjuk yang saya sayangkan mama
Tapiii.
Toin nak mama tahu
Anak mana tak sayangkan Ibunya
Mama telah pun temui pengganti Papa
Toin doakan mama bahagia disamping dia
Penat lelah, keringat Mama untuk Toin,
Toin hargai,
Sungguh benar, tak dapat nak membalas
Toin cuma mampu berdoa yang terbaik buat Mama.
Moga Allah selalu jaga Mama
Dan
Semoga Mama dalam jagaaNya
Maafkan segala dosa Toin
Buat Papa,
Toin baik buruk macam mana pun
Papa tetap Papa toin
Love you so much
Love you so much
No comments:
Post a Comment