Bismillah.
Entah lah kenapa. Sejak akhir akhir ni. selalu sangat sakit. Bermacam macam sakitnya. Terutamanya sakit kepala. Dah macam jadi perdana menteri banyak sangat fikir, sampai teruk sangat sakit kepala.
Sampai satu tahap sebab terlalu sakit kepala. Menitis air mata kerana taktahan.
Allah.
Kuatkan aku. Impian aku masih belum sampai ke penghujungnya. Aku belum sempat melihat wajah Mama dan Papa tersenyum kerana kejayaan aku. Aku belum sempat yaAllah. Izinkan aku melihat wajah mereka saat itu. Aku tahu, aku bukan seorang anak yang baik. Untuk membalas jasa mereka sesuatu yang mustahil bagi seorang anak. Tuhan, sekiranya aku ada sebarang penyakit yang tidak aku ketahui. Aku cuma mohon satu pekara. Izinkan untuk aku melihat wajah tersenyum mereka saat aku memperoleh kejayaan.
Secara jujurnya,
Aku seorang penakut nak berjumpa doktor. Jadi aku simpan sakit ini sendiri. Tahun ini sahaja, aku dah berapa kali demam. Sampai taklarat nak pergi kelas. Allah. Aku paling susah untuk sakit. Tapi entah kenapa tahun ni terlalu banyak sakit.
Kadangkala,
Pernah terfikir apa ini tanda bahawa aku pergi menghadap Illahi taklama lagi. Apakah ini tanda bahawa aku kerna bersiap sedia untuk jawab semua soalan yang akan dipersoalkan ? Allah. Terimalah ibadat ku. Ampunilah dosa dosaku yang sengaja atau tidak sengaja. Terutamanya dosa pada Mama dan Papa serta kakak dan keluarga.
Syafakallah,
Kata orang, sakit itu kafarah dosa. MasyaAllah, terimakasih atas sakit ini. Aku redha apa yang telah ditakdirkan untuk aku. Moga hati aku benar benar redha akan sakit ini. Kerana aku cuma hambaMu yang sentiasa melakukan dosa. Kadangkala, aku juga ada juga rugutan atas sakit ini. Ampuni aku yaAllah. Moga sakit ini, mengeratkan lagi hubungan KITA yaAllah.
yaRabbi. Jika telah tiba masanya. Maka aku redha. kerana aku yakin setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Dan kita sebagai hambaMu harus selalu ingat mati. Matikanlah ku dalam keadaan aku masih memeluk islam. Matikanlah aku dalam iman. Matikanlah aku dalam keadaan baik. Aaaminn.
Aku bukan mendoakan yang aku nak mati. Tapi kita kena selalu bersiap sedia untuk mati. Sebab Jodoh itu ada dua iaitu jodoh kahwin dan mati. Kita sebagai taktahu mana yang datang dulu. Aku tulis seperti ini bukan aku nak sangat mati. Taknak. Amalan aku belum cukup. Ibadah ku belum sempurna. Solat ku belum cukup. Sungguh terasa keji dan hina diri ini untuk mengadap Illahi. Tetapi alasan itu sampai bila akan berakhir jika tiada niat untuk berubah. Think.
Aku manusia yang sentiasa melakukan dosa. Sentiasa. Entah Allah terima ke tidak amalan ku, solat ku, ibadah ku. Entah. Kita taktahu. Tapi jika terus terusan tanya tanpa bertindal. Tiada guna. Aku harap, aku mati dalam keadaan baik. Semoga Allah menerima amalan kita. In Shaa Allah.
Sayanggg, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Lain orang, lain cara dia mendapat hidayah. Aku belum cukup baik untuk menasihati orang. Tapi aku sedang dan sentiasa beristiqomah. MasyaAllah. Bila kau yakin Tuhan itu ada. Kau pasti ingin bercinta dengan dia. Sehingga kau takut untuk meninggalkan dia.
Ingat. Aku juga manusia yang sering melakukan dosa. Sering. Maafkan segala kekhilafan aku. Doakan perhijrahka ku kali ini lebih tenang dan diredhai. Doakan ku U.U
Taqabbalallahu minna wa minkum.
No comments:
Post a Comment