Jujur. Entri kali ini tidak mudah. Ini soal hati perasaan dan jiwa aku sendiri
Orang lain takkan rasa apa yang aku rasa sebab ujian kita berbeza
Entri sebelum ini aku pernah kata bahawa aku tidak akan lagi menulis tentang dia.
Tetapi hari ini aku akan menulis tentangnya. Benarlah kata orang, manusia susah nak tunaikan janji.
Hmm.
Entah kenapa. Aku rasa diberi pentunjuk dariNya. Semakin hari semakin jauh. Aku pernah merintih depan Yang Maha Esa supaya diberi pentunjuk. Hubungan. Semakin jauh. Aku juga telah jauh hati dengannya. Tapi rasa ini masih ada untuknya, Tulisan aku mungkin aku boley tipu yang bahawasanya aku tidak merindui dia. Jauh sekali mencintai dia. Tapi depan Yang Maha Esa aku tak boley tipu diri aku. Sehingga kekadang, airmata tiada henti mengalir.
Allah
Sungguh aku tak kuat untuk hadapi. Kuatkan lah aku yaAllah. Iman aku masih lemah yaAllah. Hati sentiasa ingatkan dia. Diri ini selalu tunggu dia. Tapi dia yang aku tunggu itu tak tunggu aku. Aku tahu, Melalui status dia. Cara dia. Aku mengerti aku bukanlah yang istimewa buatnya. Lelaki kalau sayangkan wanita, cara dia lainkan ? Dia akan takecare pasal kau. Dia nak selalu dengan kau. Dia selalu buat kau tersenyum. Dia takpernah jemu dengan kau. Dia takkan buat kecil hati dll. Kau percaya kata kata aku ?
Tuhan
Aku tahu dan aku sangat percaya. Apa yang berlaku ini ada hikmah. Aku redha yaAllah.
*Nasihat dari seorang kawan
Allah ciptakan pertemuan, kemudian Allah ajarkan saya banyak perkara.
After that Allah aturkan perpisahan. Untuk tengok sebenarnya siapa lebih kita utamakan. Dia atau dia?
I admit it, it isn't easy to let you go. But for His sake, untuk kebaikan kita, untuk kebaikan iman dan hati kita, untuk tak wujudkan fitnah kepada agama, saya minta. Lupakan saya selagi mana saya melalaikan awak.
Keep in touch dalam doa, okay?
Jumpa di syurga.
Jangan nangis-nangis,
Allah uji kita dengan pertemuan, sekarang Allah uji kita dengan perpisahan. Bukankah hidup ni juga satu ujian? Untuk tengok sejauh mana kekuatan iman.
Semoga kuat. Allahu yubarik fik.
Untuk seorang perempuan macam aku. Aku selalu jadi seorang itu sebagai penguat aku.
Jujur, aku tak mengenali dia. Tapi aku sangkat teruja dengan penulisannya, Dia juga pernah terluka. Malah pernah bertunang. tapi kecundang di tengah jalan. Dia bangkit perlahan lahan.
MasyaAllah
Aku harap aku kuat seperti dia. Dia si budak bloggers. Walaupun aku tidak mengenali dia. Tapi dia memahami setiap jiwa yang ada. Bloggers, moga jumpa di syurga. In Shaa Allah.
*berbalik cerita tadi*
Online
Tipulah setiap kali aku online aku tak stalker dia. Tipulah kan kan. Menda tu harus punya, Tapiii. Aku hanya mampu melihatnya dari jauh.
Mungkin
Aku bukan pilihan dia. Dan mungkin Tuhan tidak memilih dia untuk aku. Dia milik Tuhan Yang Maha Esa. Moga Tuhan jaga dia untukku. Aku tak layak buatnya. Aku tahu.
Perpisahan
Kala ini, aku banyak berfikir ada banyak sebabnya kenapa izinkan aku mengenali dia. Benar, kali ini aku kecundang sekali lagi. Tapi aku bahagia mengenali dia. Mungkin dia tak sama dengan F jauh sekali berbeza tetapi dia ada kelebihan yang tak ada pada F. Itu aku sedar.
Moga rasa ini tidak terlalu lama. bak kata kawan bloggers saya. Futur (putus asa) itu boley Tapi terlalu lama. Allah. Terimakasih atas ayat ini. Terimakasih kerana sering beri semangat. Moga Allah beri kekuatan hidup untuk awak jugak Mato.
Bila aku pergi Janganlah kamu cuba memanggil aku lagi. Sebab mungkin ketika aku, Aku telah serahkan sepenuhkan jiwa aku padaNya. Engkau pergilah bersama dia pilihan hati kau. Kerna aku tak bisa jadi seperti dia yang engkau harapkan. Kerna aku tahu kemampuan aku. Maafkan aku kerna menggangu hidupmu.
Pergilah. Aku redha. Jaga Diri.
- AA
No comments:
Post a Comment